Sunday, May 24, 2009

kematian itu semakin hampir denganku...


Bismillahhirrahmanirrahim…
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
...

Alhamdulillah dalam time exam ini ana masih beri kesempatan dan peluang untuk mengedit blog ana yang tak seberapa nie..syukur sangat…

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dan juga ingatan kepada Maha Penarik Zat yang Maha Agong.

Bersyukurlah kita masih diberikan nikmat Iman dan Islam dan masih beristiqamah di jalan-Nya. Alhamdulillah….setinggi-tinggi syukur buat ‘Rabb’ku kerna menghadiahkan aku jalan ni… mudah-mudahan dapat kita manfaatkan nilai dan nikmat yang diberikan dengan sebaik-baiknya… mudah-mudahan dapat lagi kita manfaatkan diri kita ini untuk Islam keseluruhannya.
Tatapi, masih ada manusia yang tidak menyedari hakikat Iman dan Islam yang ALLAH berikan… mereka mempersia-siakan segala pemberian-Nya dengan melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya. Selalu kita dengar ada sesetengah manusia yang mengatakan “masa muda la nak berenjoy, nanti dah tua baru kita buat amalan banyak-banyak….”

Mungkin mereka masih tidak menyedari hakikat kematian yang kita sendiri tidak tahu sampai bila kita dipinjamkan untuk bermusafir bumi Allah nie… sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang terdahulu, sekarang dan yang akan datang… ditakdirkan kita mati sebelum bertaubat macam mana?... nauzubillah… sesungguhnya malaikat Allah takkan lambat atau cepat walau sesaatpun kalau dia ditugaskan untuk mengambil nyawa kita…
Mudah-mudahan kita antara manusia yang mati dalam fikrah ISLAM…

Realitinya, kita takut jika disebut tantang kematian… tapi, masih lagi buat maksiat, buat perkara yg dilarang… kadang-kadang bila pergi ke kuliah ilmu, kita mendengar cerita-cerita mengenai kematian tapi, apa yang kita dengar itu macam masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri… habis majlis ilmu buat balik maksiat… pelikkan manusia nie…? Tapi itu reality… macam mana dengan kita?
Sesetengah orang pula, bila bercerita mengenai mati syahid, semua nak mati syahid… kerana semulia-mulia mati adalah mati syahid… tapi setakat mana keinginan kita tu? hanya di mulut saja ke?

Berjihad bukan sahaaja kat medah perang, tapi dalam konteks semasa kita kita berada di Malaysia… so, malayisia la medan jihad kita… contoh yang lebih besar… bidang politik juga dikatakan satu cabang jihad. Mereka berjihad menetang yang salah dan menegakkan yang hak… mereka berada di medan juang untuk mempertahankan nilai-nilai Islam dalam system pentadbiran. Mereka sebenarnya sedang membina daulah Islammiyah… ahli-ahlinya atau pemikir-pemikirnya sedang berjihad sebenarnya untuk membangunkan Islam di bumi Malaysia ni… mereka berusaha untuk tegakkan yang hak, tegakkan yang dituntut oleh syariat Islam walaupun ditentang oleh orang yang kurang kefaham mengenai Islam. Ana tidak menyatakan mana-mana parti, tapi ana hanya ingin memberI contoh untuk kita memahami jihad… kita sebagai pemikir, kita kena bijak untuk berfikir…

Mungkin tahap ni mungkin bukan lagi tahap kita… ana bagi contoh lagi mudah…Sama lah macam konsep kita… yang mana nak aula’… contohnya, kalau suruh meeting untuk bincang pasal gerak kerja Islam pun kita susah nak ikut, apatah lagi nak turun berperang kat medan jihad… kita kena faham konsep jihad 2… kita datang meeting, sekurang-kurangnya kita dah berfikir, memerah otak untuk berfikir macam mana nak bangunkan Islam, macam mana nak ajak orang kepada Islam…kita tetap kuat walaupun kita dikritik dan ditentang oleh orang lain… itu satu contoh kita berjihad jugak…

Jadi, point ana kat sini ana nak ingatkan kita semua untuk mengingti mati jua untuk diri ana sendiri… walau kemana kita laripun, kematian pasti datang… ia hampir dengan kita… nak dapat keredaan ALLAH itu boleh macam-macam cara… dengan mengingati mati, berjihad di medan perang, beramal ibadat dan sebagainya… tapi dengan mengingati mati kita akan sedar apa yang kita lakukan boleh atau tidak, maka kita akan cuba berusaha untuk mendapat kematian yang diredhai ALLAH.

Nak dapat redha ALLAH boleh macam-macam cara. Bila difikirkan balik tak cukup hanya dengan amal ibadat kita kita nak bawa jumpa ALLAH… Sedangkan Nabi dulu pun tak tumpu kat amal ibadat dia saja, tapi dia berdakwah, dia berperang, dia cuba bnagunkan Islam, dia lakukan amar makruf dan nahi mungkar dan macam-macam lagi…. Kalau kita hanya berbekalkan kepada solat fardu kita sahaja cukup ke? Solat tu pun kita tak tahu setakat mana kusyuk kita…

Jadi buat sahabat-sahabat, kita masih diberi kesempatan dan peluang, maka carilah sesuatu yang boleh kita bawa bersama amalan kita untuk mengadap ALLAH kelak… mungkin bila ditanya pasal amalan, kita dah boleh jawab, tapi macam mana kalau ditanya mengenai apa yang kamu buat untuk saudara-saudara kamu? kita dah ada jawapan...
kita mengajak manusia kepada yang baik dan menolak yang mungkar...
Ana yakin jika kita mengaharap kasih sayang-Nya dia akan beri pada kita… tanamkan keyakinan kita kepada yang Maha Satu… mudah-mudahan kita antara yang terpilih untuk berada di landasan yang sama… Ameen...

oleh itu, buat sahabat-sahabat .... teruskan perjuangan kita sampai ke akhirnya...

No comments:

Post a Comment