Saturday, February 21, 2009

cinta???

Cinta????
Cinta?....Kita selalu dengar perkataan cinta… apa itu cinta ???baru ja beberapa hari yang lepas 14 Januari, kononnya hari kekasih... dan yang sebenarnya hanya agenda rang kristian nak orang Islam sambut jugak apa yang depa sambut…hmmm….Kalau kita tanya kat remaja zaman sekarang nie, yang diorang tahu ‘I love you..’ . perkataan tu ja yang mereka dapat gambarkan tentang cinta…
Cinta tu pada siapa sebenarnya?... yang perempuan akan menjawab, cinta mereka pada si lelaki, dan yang lelaki pula, cinta mereka pada si perempuan… betul ke ini yang dimaksudkan dengan cinta?..
Pening bila fikirkan masalah cinta dalam kalangan remaja zaman sekarang nie…katanya dari mata turun ke hati, sebab tulah jadinya masalah couple. Kadang-kadang kita sendiri pun tak dapat nak lari dari perasaan nie…sebab tu ana takut nak tegur orang bila ana tahu ana pun tak lepas fitrah nie…

Allah pernah berfirman..
"Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"(Al-Baqarah, ayat 44)
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlahkamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui".(Al-Baqarah ayat 42)

Tapi sekarang Alhamdulillah, aku rasa aku sudah jaga hati aku dari masalah hati…sekarang bila nak tegur orang aku dah rasa yakin pada diri sendiri sebab aku yakin cinta yang teragung itu hanya milik Allah.Aku pernah baca satu artikel yang kata cinta itu fikrah yang Tuhan bagi pada setiap manusia. memang betul kata-kata tu.
Kalau langsung tidak ada perasaan tu maknanya tak normal la orang tu.. takut-takut nanti suka sama jantina pula. Allah pun pernah berfirman bahawa manusia ni diciptakan berpasangan. Jadi mustahil la kalau langsung tak da perasaan antara satu sama lain.

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Jadi kita pun tak terlepas dari zina terutamanya zina hati bila kita teringat-ingat pada orang yang kita bayangkan itu.
Jadi, bagi yang masih belajar bersabarlah menunggu saat kita betul-betul bersedia. Mak dan ayah kita hantar kita belajar untuk menuntut ilmu, bukannya bercinta.
Tapi kalau dah sampai masanya/jodohnya tak salah kalau itu cara terbaik untuk menghalang berlakunya perkara yang tidak baik, contohnya seperti couple.
Kesimpulannya disini, cinta yang sebenar cinta hanya pada Allah. hanya padanyalah kita abdikan diri padaNya, ketahuilah bahawa cinta kita pada manusia hanyalah wasilah cinta kita kepada Allah.

Khas buatmu wahai wanita solehah:
Jangan risau dengan jodohmu kerana lelaki yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya, lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya untuk memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangnnya dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu…JADI BERSABARLAH…(^_^)
Wallahu ‘alam…

SYUKUR...

Alhamdulillah... syukur sangat dapat juga buat blog nie...
dah lama dah sahabat-sahabat tanya alamat blog, tp aku just jawab yang aku tak pandai pasal blog-blog nie...
tapi atas bantuan sahabat-sahabat dan semangat aku sendiri maka jadilah juga blog nie...
tak tahu tak apa, asalkan kita nak belajar... betu tak...
janganla semalam, hari ini, esok dan hari akan datang semakin jahil...
belajar sikit-sikit, InsyaAlLah lama-lama pandai lah...
bukankah walaupun sedikit tapi beristiqamah adalah lebih baik dari buat dengan bersungguh-sungguh tapi untuk hari itu ja...tak berbaloi pun.

InsyaAlLah, dengan adanya blog bolehla nak kongsi-kongsi ilmu sebab diri ini sedar masih banyak yang perlu belajar untuk mentarbiyah diri sendiri. macam mana kita nak tabiyah orang lain kalau kita sendiri pun kurang tarbiyah...
Jadi, IsyaAlLah kalau niat kita baik maka baik lah jadinya... macam sabda Rasulullah
"setiap amal itu bermula dengan niat, apa yang diniatkan itulah yang akan diperoleh".
buat sahabat-sahabat, syukran diucapkan...
kalau ada kesalahan dan kesilapan, ku mohon untuk ditegur dan jangan biarkan ku terus dalam keadaan jahil... kerana disitulah bermulanya ukhuwwah kita...