Sunday, September 13, 2009

kisah CAWAN

ASSALAMUALAIKUM...

Lama sudah rasanya tidak memblog nie... maafla ye sahabat semua...


kat sini ada kisah menarik nak dikongsikan.. analogi sebiji cawan dan kaitannya dengan kehidupan kita sebagai muslim. kisah ini dipetik dari sebuah kisah...


Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.


Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.



Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.



Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk.



Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.



Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Thursday, July 30, 2009

checklist yourself





Alhamdulillah, lepas dapat msg ym dari seorang kakak senior nie, inginku dedikasikan mesej nie untuk semua sahabat-sahabat tersayang tak kira di mana jua berada....
mudah-mudahan kita dapat selami dan amati apa mesej yang disampaikan...

Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan,


Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan,


Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah,


Scandisk amalan dengan uswatun hasanah,


Clean up partition dosa-dosa lama dengan taqarrub padaNya..


Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNya,

Refreshla kecintaan hakiki padaNya dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA,


Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman.


Restart lah kehidupan sementara yang seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan nodaclear history lama dalam recycle bin dunia..


ayuh.. restartla atau ctrl + alt + delete segala kegelapan jalan yang dilalui..


gantikan dengan sinar baru dengan restart dan letakkan password admin IMAN sebagai benteng menghalang syaitan,iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user..SEGERALAH..sebelum hayat hidup kita di SHUTDOWN oleh Allah TANPA AMARAN.....c",?


Salam Maghrifah.. wa Taqarrub..…
Subhanallah...lepas baca, barulah terfikir bahawa segala yang Allah ciptakan semua ada hikmahnya... sehinggakan semua perkara yang berkitan dengan komputer dapat kita aplikasikan dalam mendelete semua yang menghalang tertegaknya Islam dalam diri....

masihku teringat lagi, kata-kata ustaz...segala yang Allah jadikan semua ada hikmahnya hinggakan seurat rambut yang gugur dari kepala kita pun ada hikmah dan asbabnya tersendiri...

Tuesday, July 14, 2009

HATI?





Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang...

hmmm... hati?
Apa yang dapat kita kaitkan dengan hati?...
banyak masalah yang timbul disebabkan oleh hati yang bermasalah... orang panggil 'jiwa kacau' la dalam bahasa mudahnya...
biasa kita tengok balik, banyak masalah yang berkaitang dengan hati...
hati, hati...
kadang-kadang ada masalah hati, penyakit hati dan penyakit yang benar-benar penyakit yang doktor ja yang boleh rawat.
tapi yang nak dinyatakan di sini, bukannya penyakit yang doktor rawat, tapi penyakit yang kita sendiri boleh rawat...
macam senang kan?... sebab kita boleh rawat sendiri...
tapi hakikatnya, teramatlah berat untuk kita nak jaga hati nih...
Kalau masalah hati antara muslimin dengan muslimat tu, dah jadi macam perkara biasakan pada kita... pada hakikatnya kalau kita terbayang mulimin/muslimat tu dalam hati kita dah boleh mengundang dosa... nauzubillah... mudah-mudah kita dipelihara dari masalah hati...
Allah pun dah berfirman yang mafhumnya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya...
satu je, yang kita kena pegang kalau kita mengharapkan pasangan kita adalah yang terbaik, kita hebatkan hubungan kita dengan Allah dengan amalan dan sebagainya. tapi jagan lupa juga pada Rasulullah, dan ibu bapa kita.... tu ja cara dia... "kalau kita mencintai ALLAH, kelak ALLAH akan menghadiahkan orang yang mencintainya juga untuk kita"... yakinlah dengan janji Allah.

satu lagi yang penting ialah bukan hanya kita mencari yang terbaik atau yang soleh/solehah, tapi tegok diri kita balik, dah cukup soleh/ah ke?... untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik dulu...

Masalah yang kedua... ialah penyakit hati... yang nie pun berat jugak...
penyakit hati nie, macam-macam.. contohnya seperti dengki, riak, ujub, sombong dan sebagainya... Allah pun dan tegur kita dalam Al-Quran yang mafhumNya, janganlah kamu berjalan dengan sombong di atas muka bumi Allah...
Penyakit hati macam dengki tu selalunya berlaku sebab tak puas hati dengan kelebihan yang orang lain miliki... susah jugak masalah ni, ada manusia yang tak bersyukur dengan apa yang ada...sebab tu, dalam pemerintahan sendiri pun ada masalah. masalah nie mungkin kita tengok kecil, tapi pada hakikatnya boleh jadi masalah yang lagi besar, contohnya macam gerakan-gerakan, parti-parti yang tak boleh menerima kelebihan yang tidak ada pada mereka. hmmmm, kat sini pun kita dah boleh tegok, apa sebenarnya mereka nak untuk terajui pemerintahan, bukannya kerana Allah. kalau kerana Allah, mesti ikhlas dan redha dengan kelebihan yang ada pada manusia lain...

Begitu jugak dengan masalah riak. kadang-kadang kita tak sedar yang benda tu adalah riak.... riak ni selalunya dalam amal. Contohnya macam nie la, time solat sunat selalunya...time ada orang kita buat tapi bila tak ada orang kita tak buat. itu tanda-tanda riak... kita ja yang tahu pasal amalan kita... Tapi, bila amalan yang kita selalu buat, disebabkan orang ada disekeliling kita kita tak buat dah jadi dosa. sama cam kita menyekutukan Allah....
Oleh itu, sahabat-sahabat sama-sama kita ukur diri kita sama ada amalan yang kita buat ikhlas kerana ALLAH atau kerana MANUSIA...

Saturday, June 27, 2009

SAHABAT...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang...


Alhamdulillah, syukur... sekarang dah masuk sem 2 dah... dah seminggu dah ada kat sini untuk meneruskan lagi pengajian kat sini...


Bersyukurlah kita masih dibangkitkan untuk meneruskan lagi sisa hidup kita yang masih tertinggal. Buat sahabat-sahabat tesl, yang telah pergi, mudah-mudahan ukuwwah kita tetap berkekalan hingga ke akhirnya... terima kasih dengan segala perkongsian yang diberi selama ni. Tak lupa juga buat sahabat-sahabat yang masih bersama meneruskan perjuangan di sini... kalau ada salah dan silap itu, janganlah di simpan di dalam hati...sudah menjadi resam kehidupan dalam bersahabat sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula seorang sahabat... apa-apa pun syukran semua...


Adab-adab bersahabat;
1. Melebihkan sahabatnya dari dirinya
2.Membantu sahabatnya memenuhi keperluan walaupun sahabatnya tidak meminte pertolongan
3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya
4. Menutup aib sahabat
5.Sekiranya kita mendengar orang lain mencela sahabat, jangankah kita menceritakan kepadanya
6. Apabila sahabat bercakap maka dengarlah apa yang dicakapkan
7. Menjauhi pertengkaran dengan sahabat
8. Memanggilkan namanya dengan nama yang baik yang boleh menimbulkan kasih sayang
9. Malarang orang lain mencela sahabatnya semasa dia tidak ada
10. Memberi nasihat dengan cara yang berhikmah
11. Memaafkan kesalahannya dan jangan memarahinya
12. Mendoakan kesejahteraannya di dalam hidup dan mati
13. Berbuat baik kepada ahli keluarganya walaupun selepas kematiannya
14. Jangan membebaninya dengan hajat yang kita mahu
15.Memulakan dengan memberi salam apabila bertemunya mengikut atau menghantarnya hingga ke pintu bagi memuliakannya





Buat sahabat tesl yangterutamanya, semoga berjaya... do the best!!!

"muslimat power!power!power!" ana sayang ntum...

Sunday, May 24, 2009

kematian itu semakin hampir denganku...


Bismillahhirrahmanirrahim…
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
...

Alhamdulillah dalam time exam ini ana masih beri kesempatan dan peluang untuk mengedit blog ana yang tak seberapa nie..syukur sangat…

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dan juga ingatan kepada Maha Penarik Zat yang Maha Agong.

Bersyukurlah kita masih diberikan nikmat Iman dan Islam dan masih beristiqamah di jalan-Nya. Alhamdulillah….setinggi-tinggi syukur buat ‘Rabb’ku kerna menghadiahkan aku jalan ni… mudah-mudahan dapat kita manfaatkan nilai dan nikmat yang diberikan dengan sebaik-baiknya… mudah-mudahan dapat lagi kita manfaatkan diri kita ini untuk Islam keseluruhannya.
Tatapi, masih ada manusia yang tidak menyedari hakikat Iman dan Islam yang ALLAH berikan… mereka mempersia-siakan segala pemberian-Nya dengan melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya. Selalu kita dengar ada sesetengah manusia yang mengatakan “masa muda la nak berenjoy, nanti dah tua baru kita buat amalan banyak-banyak….”

Mungkin mereka masih tidak menyedari hakikat kematian yang kita sendiri tidak tahu sampai bila kita dipinjamkan untuk bermusafir bumi Allah nie… sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang terdahulu, sekarang dan yang akan datang… ditakdirkan kita mati sebelum bertaubat macam mana?... nauzubillah… sesungguhnya malaikat Allah takkan lambat atau cepat walau sesaatpun kalau dia ditugaskan untuk mengambil nyawa kita…
Mudah-mudahan kita antara manusia yang mati dalam fikrah ISLAM…

Realitinya, kita takut jika disebut tantang kematian… tapi, masih lagi buat maksiat, buat perkara yg dilarang… kadang-kadang bila pergi ke kuliah ilmu, kita mendengar cerita-cerita mengenai kematian tapi, apa yang kita dengar itu macam masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri… habis majlis ilmu buat balik maksiat… pelikkan manusia nie…? Tapi itu reality… macam mana dengan kita?
Sesetengah orang pula, bila bercerita mengenai mati syahid, semua nak mati syahid… kerana semulia-mulia mati adalah mati syahid… tapi setakat mana keinginan kita tu? hanya di mulut saja ke?

Berjihad bukan sahaaja kat medah perang, tapi dalam konteks semasa kita kita berada di Malaysia… so, malayisia la medan jihad kita… contoh yang lebih besar… bidang politik juga dikatakan satu cabang jihad. Mereka berjihad menetang yang salah dan menegakkan yang hak… mereka berada di medan juang untuk mempertahankan nilai-nilai Islam dalam system pentadbiran. Mereka sebenarnya sedang membina daulah Islammiyah… ahli-ahlinya atau pemikir-pemikirnya sedang berjihad sebenarnya untuk membangunkan Islam di bumi Malaysia ni… mereka berusaha untuk tegakkan yang hak, tegakkan yang dituntut oleh syariat Islam walaupun ditentang oleh orang yang kurang kefaham mengenai Islam. Ana tidak menyatakan mana-mana parti, tapi ana hanya ingin memberI contoh untuk kita memahami jihad… kita sebagai pemikir, kita kena bijak untuk berfikir…

Mungkin tahap ni mungkin bukan lagi tahap kita… ana bagi contoh lagi mudah…Sama lah macam konsep kita… yang mana nak aula’… contohnya, kalau suruh meeting untuk bincang pasal gerak kerja Islam pun kita susah nak ikut, apatah lagi nak turun berperang kat medan jihad… kita kena faham konsep jihad 2… kita datang meeting, sekurang-kurangnya kita dah berfikir, memerah otak untuk berfikir macam mana nak bangunkan Islam, macam mana nak ajak orang kepada Islam…kita tetap kuat walaupun kita dikritik dan ditentang oleh orang lain… itu satu contoh kita berjihad jugak…

Jadi, point ana kat sini ana nak ingatkan kita semua untuk mengingti mati jua untuk diri ana sendiri… walau kemana kita laripun, kematian pasti datang… ia hampir dengan kita… nak dapat keredaan ALLAH itu boleh macam-macam cara… dengan mengingati mati, berjihad di medan perang, beramal ibadat dan sebagainya… tapi dengan mengingati mati kita akan sedar apa yang kita lakukan boleh atau tidak, maka kita akan cuba berusaha untuk mendapat kematian yang diredhai ALLAH.

Nak dapat redha ALLAH boleh macam-macam cara. Bila difikirkan balik tak cukup hanya dengan amal ibadat kita kita nak bawa jumpa ALLAH… Sedangkan Nabi dulu pun tak tumpu kat amal ibadat dia saja, tapi dia berdakwah, dia berperang, dia cuba bnagunkan Islam, dia lakukan amar makruf dan nahi mungkar dan macam-macam lagi…. Kalau kita hanya berbekalkan kepada solat fardu kita sahaja cukup ke? Solat tu pun kita tak tahu setakat mana kusyuk kita…

Jadi buat sahabat-sahabat, kita masih diberi kesempatan dan peluang, maka carilah sesuatu yang boleh kita bawa bersama amalan kita untuk mengadap ALLAH kelak… mungkin bila ditanya pasal amalan, kita dah boleh jawab, tapi macam mana kalau ditanya mengenai apa yang kamu buat untuk saudara-saudara kamu? kita dah ada jawapan...
kita mengajak manusia kepada yang baik dan menolak yang mungkar...
Ana yakin jika kita mengaharap kasih sayang-Nya dia akan beri pada kita… tanamkan keyakinan kita kepada yang Maha Satu… mudah-mudahan kita antara yang terpilih untuk berada di landasan yang sama… Ameen...

oleh itu, buat sahabat-sahabat .... teruskan perjuangan kita sampai ke akhirnya...

Thursday, May 21, 2009

JALAN BAHAGIA...



Jalan Bahagia
Artist: Hijjaz Song Category: Nasyid


Bukan intan permata

Bukan paras rupa

Pandangan Tuhan pada manusia

Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia

Di sisi Tuhan itu yang utama

Siapa yang berbakti dengan ketabahan

Sabar menempuh ketentuan Tuhan

Baginya syafaat dunia akhirat

Kurnia Tuhan tidak terkira



Di dalam menjalani hidup didunia

Tiada lepas dari pancaroba

Kita yang diciptakan dengan kelemahan

Perlukan petunjuk panduan Tuhan

Tiada yang kuasa melainkan Dia

Mentakdir menentukan segalanya

Supaya selamat dunia akhirat

Tekun pada amal ibadah



Oh Tuhan yang Esa

Pada-Mu kami panjatkan doa

Moga dipeliharakan ditetapkan iman

Dunia ini penuh cabaranOh Tuhan yang Esa

Untuk-Mu kami tempuh segala

Pandanglah dengan rahmat-Mu

Pandangan kasih-Mu

Pimpinlah kami jalan bahagia

Selamanya...



Sunday, May 10, 2009

Teman, Maafkanlah...


Wahai saudaraku maafkanlah sahabat-sahabtamu andainya ada terguris atau andainya ada terasa hati dengan sikap saudaramu yang kedang kala tidak menyedari perbuatan yang dilakukannya meyentuh hati kecil insan lain. sesuanggunhnya aku juga bergelar manusia biasa dan bukannya seorang Nabi.

Sikap pemaaf adalah penting dalam diri setiap individu. Hal ini kerana jika seseorang itu mudah memaafkan orang lain, maka dia sesunggungnya seorang yang tidak mempunyai sikap ego. Sikap ego wujud kerana merasakan diri lebih hebat dari orang lain. Kebanyakannya orang yang mempunyai sikap ego ini adalah kerana dia memiliki jawatan yang lebih tinggi dari orang lain dan merakan dirinya tidak seharusnya ditegur walaupun melakukan kesalahan yang buruk.
Sahabat, sedarlah walau sehebat manapun kita, kita masih memerlukan orang lain untuk sentiasa menasihati hati yang sering lalai dan terleka dengan keseronokan dunia yang hanya sementara....Oleh itu, sedarlah wahai sahabat kita semua manusia biasa yang memerlukan insan lain untuk menasihati dan mengingatkan kita andai kita tersalah atau terleka dari landasan yang sebenar... Andai ana tersilap dan terleka dengan keseronokan dunia yang sementara ini, ingatkan ana dari mimpi negeri ini kerana ana takut andainya sahabat-sahabat ana semua meninggalkan ana kiranya ana ego atau meninggi diri. Andainya ana masih lagi melakukan kesalahan yang sama setelah ditegur, teruskan nasihat ana dan jangan terus tinggalkan ana dalam kesesatan dunia yang penuh dugaan dan ujian ini.

Bagi yang masih marah atau terluka dengan sahabat yang lain, ingatlah bahawa Nabi pun maafkan ummat, sedangkan kita hanya manusia biasa yang tidak memiliki apa kelebihan berbanding Nabi. jadi, cubalah menjadi seorang yang berjiwa penyabar kerana sebagai seorang Da'ie, sifat penyabar adalah penting. Ini kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai sifat dan sikap manusia yang mencaci dan mencerca yang bukan sahaja membuatkan kita menangis dan terasa hati bahkan lebih dari itu kita akan hadapi.

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran yang bermaksud,
"Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan"

Berdasarkan ayat di atas, sesiapa yang memaafkan orang lain, maka Allah akan mengurnaikan kehebatan dan kehebatan di dunia kepadanya.

Memaafkan adalah merelakan orang yang telah menganaiya kita. seperti halnya Rasulullah memaafkan orang yang menganaiyanya.

Ibnu Katshir dan sejumlah ahli sejarah lainnya menyebutkan bahawaIbnu Zubair memiliki sebidang kebun di Madinah dan Mu'awiyah juga memiliki sebidang kebun di samping kebun Ibnu Zubair.

Pada suatu saat, para pekerja Mu'awiyah memasuki kebun Ibnu Zubair. Melihat perbuatan ini Ibnu Zubair langsing mengahantar surat kepada Mu'awiyah. Dia menulis, "hai anak pemakan hati dan jantung manusia, mengapa anda tidak melarang para pekerja anda untuk tidak memasuku ladangku. Jika kamu tidak melarang maka akan berlaku sesuatu antara kita."

bagi anda, apakah akan anda jawab sekiranya anda mendapat surat dan dicerca sebegini???, tapi lihatlah bagaimana hebatnya sikap Mu'awiyah yang bersikap pemaaf menjawab...

Diringkaskan cerita, Mu'awiyah sangat terkejut dengan surat berkenaan kerana ia surat dari rakyat kepada seorang kahlifah. Lalu Mu'wiyah mengambil jalan damai dengan mengirimkan semula surat kepada Ibnu Zubair dalam tilsannya,
"Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Demi Allah yang tiada Tihan selain Dia. Jika seandainya dunia ini hanya sebatas kita berdua, mudah bagiku. Wahai saudaraku, jika surat ini telah kamu baca, maka semua pekerjaku menjadi mulikmu begitu juga kebunku menjadi milikmu".
Setelah mendapat surat tersebut, Ibnu Zubair terus menangis dan terus berangkat ke Damaskus menemui Mu'awiyah. Sampainya disana, Ibnu Zubair langsung mencium kepala Mu'awiyah seraya berkata, "Ternyata Allah tidak menghilangkan akalmu, untuk itu kebun ini aku serahkan kepada orang-orang Quraisy.

Sahabat, lihatlah betapa hebatnya sikap pemaaf mampu merubah seorang musuh menjadi teman dan kebenaran sentiasa bersama-sama dengan cinta dan kasih sayang.
Oleh itu, wahai saudaraku, maafkanlah andainya ada sahabat-sahabat yang melakukan kesilapan dan janganlan menyimpan di dalam hati kerana ia akan merosakkan hati dan Imanmu...

Oleh itu, sempena nak exam ni ana nak mintak maaf dari semua sahabat-sahabat jikalau ada membuat dan menyakiti hati teman-teman...