Sunday, May 10, 2009

Teman, Maafkanlah...


Wahai saudaraku maafkanlah sahabat-sahabtamu andainya ada terguris atau andainya ada terasa hati dengan sikap saudaramu yang kedang kala tidak menyedari perbuatan yang dilakukannya meyentuh hati kecil insan lain. sesuanggunhnya aku juga bergelar manusia biasa dan bukannya seorang Nabi.

Sikap pemaaf adalah penting dalam diri setiap individu. Hal ini kerana jika seseorang itu mudah memaafkan orang lain, maka dia sesunggungnya seorang yang tidak mempunyai sikap ego. Sikap ego wujud kerana merasakan diri lebih hebat dari orang lain. Kebanyakannya orang yang mempunyai sikap ego ini adalah kerana dia memiliki jawatan yang lebih tinggi dari orang lain dan merakan dirinya tidak seharusnya ditegur walaupun melakukan kesalahan yang buruk.
Sahabat, sedarlah walau sehebat manapun kita, kita masih memerlukan orang lain untuk sentiasa menasihati hati yang sering lalai dan terleka dengan keseronokan dunia yang hanya sementara....Oleh itu, sedarlah wahai sahabat kita semua manusia biasa yang memerlukan insan lain untuk menasihati dan mengingatkan kita andai kita tersalah atau terleka dari landasan yang sebenar... Andai ana tersilap dan terleka dengan keseronokan dunia yang sementara ini, ingatkan ana dari mimpi negeri ini kerana ana takut andainya sahabat-sahabat ana semua meninggalkan ana kiranya ana ego atau meninggi diri. Andainya ana masih lagi melakukan kesalahan yang sama setelah ditegur, teruskan nasihat ana dan jangan terus tinggalkan ana dalam kesesatan dunia yang penuh dugaan dan ujian ini.

Bagi yang masih marah atau terluka dengan sahabat yang lain, ingatlah bahawa Nabi pun maafkan ummat, sedangkan kita hanya manusia biasa yang tidak memiliki apa kelebihan berbanding Nabi. jadi, cubalah menjadi seorang yang berjiwa penyabar kerana sebagai seorang Da'ie, sifat penyabar adalah penting. Ini kerana kita akan berhadapan dengan pelbagai sifat dan sikap manusia yang mencaci dan mencerca yang bukan sahaja membuatkan kita menangis dan terasa hati bahkan lebih dari itu kita akan hadapi.

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran yang bermaksud,
"Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan"

Berdasarkan ayat di atas, sesiapa yang memaafkan orang lain, maka Allah akan mengurnaikan kehebatan dan kehebatan di dunia kepadanya.

Memaafkan adalah merelakan orang yang telah menganaiya kita. seperti halnya Rasulullah memaafkan orang yang menganaiyanya.

Ibnu Katshir dan sejumlah ahli sejarah lainnya menyebutkan bahawaIbnu Zubair memiliki sebidang kebun di Madinah dan Mu'awiyah juga memiliki sebidang kebun di samping kebun Ibnu Zubair.

Pada suatu saat, para pekerja Mu'awiyah memasuki kebun Ibnu Zubair. Melihat perbuatan ini Ibnu Zubair langsing mengahantar surat kepada Mu'awiyah. Dia menulis, "hai anak pemakan hati dan jantung manusia, mengapa anda tidak melarang para pekerja anda untuk tidak memasuku ladangku. Jika kamu tidak melarang maka akan berlaku sesuatu antara kita."

bagi anda, apakah akan anda jawab sekiranya anda mendapat surat dan dicerca sebegini???, tapi lihatlah bagaimana hebatnya sikap Mu'awiyah yang bersikap pemaaf menjawab...

Diringkaskan cerita, Mu'awiyah sangat terkejut dengan surat berkenaan kerana ia surat dari rakyat kepada seorang kahlifah. Lalu Mu'wiyah mengambil jalan damai dengan mengirimkan semula surat kepada Ibnu Zubair dalam tilsannya,
"Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Demi Allah yang tiada Tihan selain Dia. Jika seandainya dunia ini hanya sebatas kita berdua, mudah bagiku. Wahai saudaraku, jika surat ini telah kamu baca, maka semua pekerjaku menjadi mulikmu begitu juga kebunku menjadi milikmu".
Setelah mendapat surat tersebut, Ibnu Zubair terus menangis dan terus berangkat ke Damaskus menemui Mu'awiyah. Sampainya disana, Ibnu Zubair langsung mencium kepala Mu'awiyah seraya berkata, "Ternyata Allah tidak menghilangkan akalmu, untuk itu kebun ini aku serahkan kepada orang-orang Quraisy.

Sahabat, lihatlah betapa hebatnya sikap pemaaf mampu merubah seorang musuh menjadi teman dan kebenaran sentiasa bersama-sama dengan cinta dan kasih sayang.
Oleh itu, wahai saudaraku, maafkanlah andainya ada sahabat-sahabat yang melakukan kesilapan dan janganlan menyimpan di dalam hati kerana ia akan merosakkan hati dan Imanmu...

Oleh itu, sempena nak exam ni ana nak mintak maaf dari semua sahabat-sahabat jikalau ada membuat dan menyakiti hati teman-teman...

No comments:

Post a Comment