Saturday, June 27, 2009

SAHABAT...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang...


Alhamdulillah, syukur... sekarang dah masuk sem 2 dah... dah seminggu dah ada kat sini untuk meneruskan lagi pengajian kat sini...


Bersyukurlah kita masih dibangkitkan untuk meneruskan lagi sisa hidup kita yang masih tertinggal. Buat sahabat-sahabat tesl, yang telah pergi, mudah-mudahan ukuwwah kita tetap berkekalan hingga ke akhirnya... terima kasih dengan segala perkongsian yang diberi selama ni. Tak lupa juga buat sahabat-sahabat yang masih bersama meneruskan perjuangan di sini... kalau ada salah dan silap itu, janganlah di simpan di dalam hati...sudah menjadi resam kehidupan dalam bersahabat sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula seorang sahabat... apa-apa pun syukran semua...


Adab-adab bersahabat;
1. Melebihkan sahabatnya dari dirinya
2.Membantu sahabatnya memenuhi keperluan walaupun sahabatnya tidak meminte pertolongan
3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya
4. Menutup aib sahabat
5.Sekiranya kita mendengar orang lain mencela sahabat, jangankah kita menceritakan kepadanya
6. Apabila sahabat bercakap maka dengarlah apa yang dicakapkan
7. Menjauhi pertengkaran dengan sahabat
8. Memanggilkan namanya dengan nama yang baik yang boleh menimbulkan kasih sayang
9. Malarang orang lain mencela sahabatnya semasa dia tidak ada
10. Memberi nasihat dengan cara yang berhikmah
11. Memaafkan kesalahannya dan jangan memarahinya
12. Mendoakan kesejahteraannya di dalam hidup dan mati
13. Berbuat baik kepada ahli keluarganya walaupun selepas kematiannya
14. Jangan membebaninya dengan hajat yang kita mahu
15.Memulakan dengan memberi salam apabila bertemunya mengikut atau menghantarnya hingga ke pintu bagi memuliakannya





Buat sahabat tesl yangterutamanya, semoga berjaya... do the best!!!

"muslimat power!power!power!" ana sayang ntum...

No comments:

Post a Comment